07-5530136/5530044 lib-enquiryjb@utm.my

Pameran Koleksi Khazanah Warisan Universiti: Ilmu Pengetahuan Institusi

Oct 19, 2022 | Gallery News

Sukacita dimaklumkan bahawa ‘Pameran Koleksi Khazanah Warisan Universiti: Ilmu Pengetahuan Institusi’ sedang berlangsung di Galeri Terbuka, Bangunan Perpustakaan Sultanah Zanariah, Perpustakaan UTM, UTM Johor Bahru mulai 3 Oktober 2022 sehingga 31 Disember 2022.

Pameran yang diadakan bersempena dengan Sambutan 50 Tahun UTM ini menghidangkan informasi berkaitan tokoh, peristiwa, artifak dan sejarah penubuhan UTM yang mengandungi kepentingan budaya, warisan serta nilai jati diri UTM yang tersendiri.

Seluruh warga kampus juga berpeluang untuk merasai pengalaman melayari pameran ini secara maya 360 darjah melalui pautan https://virtualgallery.utm.my/pameran-maya-koleksi-khazanah-warisan-universiti-ilmu-pengetahuan-institusi/ di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja.

Sehubungan dengan itu, Perpustakaan UTM berbesar hati menjemput warga UTM agar dapat meluangkan masa untuk menyantuni pameran tersebut.