Jul 20, 2020
UTM JOHOR BAHRU, 19 Julai 2020, Ahad. Jabatan Perpustakaan UTM Johor Bahru telah mengadakan Sesi Townhall KAI Perpustakaan UTM yang bertempat di Bangunan Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ) serta Bangunan Perpustakaan Raja Zarith Sofea (PRZS), UTM Johor Bahru.
Sesi Townhall ini telah dijalankan serentak di dua buah Bangunan Perpustakaan tersebut bermula jam 10 pagi sehingga 12 tengahari. Terdapat lima seksyen/bahagian di Jabatan Perpustakaan UTM. Setiap seksyen diwakili oleh seorang Pegawai untuk membuat pembentangan KAI seksyen dengan jayanya. Program ini telah dihadiri oleh keseluruhan warga kerja di Jabatan Perpustakaan UTM Johor Bahru.
Tujuan Sesi Townhall ini diadakan adalah untuk membentangkan KAI (Key Amal Indicator) bagi setiap seksyen, sekaligus dapat memberi penerangan serta pendedahan yang lebih jelas kepada semua warga kerja di Jabatan Perpustakaan UTM berkaitan gerak kerja setiap seksyen serta progress terkini sepanjang tahun 2020.
Semoga Program Sesi Townhall ini dapat memberi impak yang positif kepada seluruh warga kerja di Jabatan Perpustakaan UTM khususnya agar lebih bermotivasi, kreatif dan proaktif sejajar dengan Matlamat Universiti.