07-5530136/5530044 lib-enquiryjb@utm.my

Pameran Fotografi “Sebelum & Selepas : Teknik Pemuliharaan”

Mar 15, 2021 | NEWS, previous-exhibition

Perpustakaan UTM sedang menganjurkan satu Pameran Fotografi ‘Sebelum & Selepas: Teknik Pemuliharaan’ di Galeri Terbuka, Bangunan Perpustakaan Sultanah Zanariah, Perpustakaan UTM, UTM Johor Bahru dari 13 Oktober 2020 sehingga 30 Jun 2021.

Pemuliharaan artifak merupakan suatu kepakaran halus yang menuntut komitmen dan ketelitian dalam memastikan aspek seperti fizikal, kualiti, dan ciri sesebuah artifak tidak terjejas atau rosak bagi tempoh masa yang panjang serta dapat dijadikan rujukan generasi akan datang. Pameran fotografi kali ini memperlihatkan bagaimana Perpustakaan, melalui tugas khas seorang konservator, melakukan proses pemuliharaan koleksi artifak khazanah warisan Universiti.

Pameran ini mengangkat kembali nilai estetika sesebuah artifak lama yang pastinya akan lenyap begitu sahaja jika ianya tidak dipulihkan dan dipelihara dengan baik. Selain itu juga, setiap artifak ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri selain nilai budaya dan sejarah bagi sesuatu tempat atau peristiwa.