07-5530136/5530044 lib-enquiryjb@utm.my

Pameran Maya Sejarah Johor

Jul 17, 2022 | NEWS

Bagi anda yang tidak berpeluang untuk menyaksikan ‘PAMERAN SEJARAH JOHOR’ yang telah berlangsung di Bangunan Perpustakaan Raja Zarith Sofiah, Perpustakaan UTM, UTM Johor Bahru pada 21 Jun 2022 sehingga 30 Jun 2022 yang lepas, anda dialu-alukan untuk mengunjungi pautan https://virtualgallery.utm.my/pameran-sejarah-johor/ untuk merasai pengalaman melayari secara maya 360 darjah pameran tersebut.

Pameran maya ini mengetengahkan dapatan bahan sejarah bagi negeri Johor seperti mata wang lama, eko-warisan pelancongan di Pulau Tanjung Surat, Sistem Kangcu dan koleksi artifak.

Antara objektif pameran diadakan adalah untuk memberi peluang kepada warga UTM dan komuniti sekitar kampus mengenali Pulau Tanjung Surat yang mempunyai banyak peninggalan sejarah dan warisan yang telah dilupakan di samping memberi nilai tambah kepada sejarah dan warisan negeri Johor sedia ada.