07-5530136/5530044 lib-enquiryjb@utm.my

Pameran Maya ‘Yang Pertama’

Jun 22, 2021 | NEWS, previous-exhibition

Alami pengalaman baharu melayari pameran maya 360 darjah berjudul ‘Yang Pertama’. Pameran maya yang dianjurkan oleh Perpustakaan UTM ini menyedia informasi bergambar berkaitan tokoh, peristiwa, artifak dan kejayaan ulung UTM yang menjadi bukti ketamadunan dunia akademia UTM sejak berdekad lalu.

Objektif inisiatif ini diadakan adalah bagi mewujudkan ruang dan peluang untuk keterlibatan pengunjung maya tanpa perlu berada di lokasi pameran secara fizikal. Pembangunan pameran maya ini tepat pada masanya di saat usaha kita meneroka pelbagai alternatif bagi membudayakan norma baharu dalam kehidupan harian.

Saksikan pameran ini melalui pautan https://virtualgallery.utm.my/yangpertama/ di mana sahaja dan pada bila-bila masa.