07-5530136/5530044 lib-enquiryjb@utm.my

Pameran Seni Khat dan Jawi 2022

Feb 8, 2022 | NEWS

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan dan Perpustakaan UTM dengan kerjasama Balai Seni Visual, Akademi Arham, Persatuan Seni Khat Johor, Persatuan Seni Khat Kebangsaan dan Yayasan Restu sedang menganjurkan Pameran Seni Khat dan Jawi 2022 di Bangunan Perpustakaan Raja Zarith Sofiah, Perpustakaan UTM, UTM Johor Bahru dari 1 Februari 2022 hingga 31 Mac 2022.

Seni khat ialah seni tulisan Arab (termasuk Jawi) yang cantik. Seni ini merupakan suatu ilmu dan kemahiran dalam membentuk huruf-huruf Arab dalam posisi tunggal, bersambung ataupun dalam bentuk penghasilan karya mengikut kaedah-kaedah tertentu sehingga seni ini Berjaya ditampilkan dalam bentuk yang indah. Seni ini terus berkembang dengan masuknya pelbagai gaya, nilai dan pengaruh setempat, namun perkara ini tidak menjejaskan kaedah asas yang telah ditetapkan oleh Islam.

Selain dari pameran, pelbagai aktiviti menarik juga diadakan seperti ‘Forum Bicara Seni’, ‘Bengkel Seni Khat dan Iluminasi’, ‘Pertandingan Seni Khat dan Jawi’, ‘Demonstrasi Penyalinan Al-Quran’ serta ‘Seminar Seni Khat dan Jawi’.