07-5530136/5530044 lib-enquiryjb@utm.my

Sudut ‘UTM : Hari Ini Dalam Sejarah’

Jan 7, 2019 | NEWS

11 Dis 2018, Selasa – Penyediaan sudut ‘UTM : Hari Ini Dalam Sejarah’ bermula pada beberapa tiang hitam di luar Galerium UTM dan dirancang akan dilanjutkan ke ruang lain yang berhampiran. Sebagai permulaan, sejumlah 9 foto berkaitan sejarah UTM dipilih kerana impaknya kepada Universiti melangkaui beberapa era. Foto dibingkai dan dipamer beserta kapsyen dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

Penyelidikan mengenai foto-foto yang terlibat melibatkan pelbagai sumber yang diyakini termasuk sumber maklumat atas talian Arkib Negara Malaysia. Sudut ‘UTM : Hari Ini Dalam Sejarah’ merupakan satu inisiatif untuk mempelbagaikan koleksi pameran Galerium UTM di samping mendidik pengguna agar menyedari kepentingan sejarah dalam arus transformasi dan kemajuan sesebuah institusi pendidikan, khususnya UTM.