07-5530136/5530044 lib-enquiryjb@utm.my

Lensa@Perpustakaan UTM : warna-warni pengguna sebagai pengisian bermakna

Jan 7, 2019 | Gallery News

28 Nov 2018, Rabu – Galerium UTM diberi kepercayaan untuk mengurus dan melaksana Projek Lensa@Perpustakaan UTM dengan menggunakan kepakaran dan sumber sedia ada. Projek mengambil masa lebih kurang 4-5 bulan meliputi kerja-kerja utama seperti pemilihan gambar, pembentangan dan merekabentuk gambar merupakan pengalaman berharga kepada pasukan terlibat.

Pemasangan 32 unit gambar berbingkai bersaiz A3, 2 unit poster bersaiz 16 x 6 kaki dan 4 unit poster bersaiz 4 x 4 kaki di sekitar laluan tangga aras 3, 4 dan 5 di Bangunan Perpustakaan Sultanah Zanariah selesai dengan jayanya pada jam 9.40 malam. Di samping itu, paparan ‘LENSA@PERPUSTAKAAN UTM’ dengan huruf timbul melengkapkan lagi tema gambar dan poster yang dipamer. Dinding kosong yang kelihatan kurang menarik pada asalnya kini bertukar wajah dengan pengisian pelbagai gambar bertemakan warna-warni konvokesyen dan ragam pengguna perpustakaan. Bukan itu sahaja, petikan kata-kata tokoh tertentu berkisar buku dan membaca turut dipaparkan bagi memberi info berguna kepada pengguna perpustakaan secara santai dan bersahaja.