07-5530136/5530044 lib-enquiryjb@utm.my

Pameran ‘Naib Canselor UTM Kepimpinan Terbilang: Memacu Keunggulan UTM’

Jan 7, 2024 | Galeri Maya, Gallery News

Sukacita dimaklumkan bahawa pameran ‘Naib Canselor UTM  Kepimpinan Terbilang: Memacu Keunggulan UTM’ sedang berlangsung di Galeri Terbuka, Foyer Bangunan Perpustakaan Sultanah Zanariah, Perpustakaan UTM, UTM Johor Bahru.

Pameran ini memaparkan biografi tujuh (7) kepimpinan terbilang, Naib Canselor UTM yang memegang tampuk kepimpinan UTM sejak awal penubuhannya sehingga kini dalam memacu keunggulan UTM sebagai Universiti terkemuka dalam menyediakan perkhidmatan pendidikan dan penyelidikan bertaraf dunia untuk kekal berdaya saing bagi membawa jenama UTM setanding di persada antarabangsa.

Dengan menyantuni pameran ‘Naib Canselor UTM  Kepimpinan Terbilang: Memacu Keunggulan UTM’ ini dapat dijadikan sebagai khazanah ilmu serta bahan rujukan biografi dan berupaya memupuk rasa cinta serta kesungguhan warga UTM dalam menghayati aspirasi UTM.

Seluruh warga kampus juga berpeluang untuk merasai pengalaman melayari pameran ini secara maya 360 darjah melalui pautan https://virtualgallery.utm.my/pameran-naib-canselor/