07-5530136/5530044 lib-enquiryjb@utm.my

Pameran “2023 Mustafa Prize Laureate: Professor Datuk Ir. Ts. Dr. Ahmad Fauzi bin Ismail”: Saintis dan Penyelidik Tersohor Bidang Membran

Sep 10, 2024 | Galeri Maya, Gallery News

Pameran “2023 Mustafa Prize Laureate: Professor Datuk Ir. Ts. Dr Ahmad Fauzi bin Ismail” telah berlangsung pada 3 September 2024 bersempena Majlis Keunggulan Ilmiah Mustafa Prize Laureate 2023 dan Sesi Perkongsian Inspirasi anjuran Bersama Majlis Profesor UTM dan Jabatan Perpustakaan UTM.

Pameran ini diadakan untuk mengangkat dan memartabatkan ketokohan dan penyelidikan Profesor Datuk Ir. Ts. Dr Ahmad Fauzi bin Ismail yang merupakan penerima anugerah Hadiah Mustafa 2023 bagi bidang Basic and Engineering Sciences. Hadiah Mustafa yang diwujudkan pada 2015 dan digelar “Nobel Muslim” mengiktiraf saintis terkemuka dari negara anggota Organisation of Islamic Cooperation (OIC).

Pengiktirafan terhadap Profesor Datuk Ir. Ts. Dr Ahmad Fauzi bin Ismail adalah berdasarkan sumbangan besar beliau dalam penyelidikan teknologi membran dan penggunaan yang pelbagai. lmpak kajian beliau, telah menjangkau secara global dan telah berjaya meletakkan beliau sebagai tokoh peneraju dalam sains dan teknologi membran di seluruh dunia.

Dengan menyantuni pameran “2023 Mustafa Prize Laureate: Professor Datuk Ir. Ts. Dr Ahmad Fauzi bin Ismail” dapat dijadikan inspirasi dan aspirasi kepada penyelidik khususnya di UTM untuk terus menyumbang kepada kecemerlangan penyelidikan berkualiti tinggi dan bermanfaat.

Pameran fizikal bertempat di Galeri Terbuka, Bangunan Perpustakaan Sultanah Zanariah, UTM Johor Bahru dan dapat juga dilayari secara maya melalui laman web UTM Virtual Gallery (https://virtualgallery.utm.my/pameran-mustafa-prize-2023/).